Kelas E-Learning (Logo Maker Brandcrowd)

29 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 28 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ict bersama pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini disertai 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi membekalkan kemahiran Ict dalam kalangan pelajar Giatmara Lubok Antu. Dalam kelas ini juga, peserta telah diajar cara menghasilkan logo perniagaan secara online. Selain itu, para peserta telah dibantu untuk menguasai kemahiran menghasilkan logo secara online disamping mendedakan mereka dengan konsep pembelajaran E-Learning. Para peserta telah diajar cara menukar tulisan, latar belakang, bentuk dan kedudukan. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak dan tayangan video hendap siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan Tayangan Video KDB
2. Pengenalan kepada E-Learning (Logo Maker Brandcrowd)
3. Latihan Menghasilkan Logo
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali